KUALA TERENGGANU: Tindakan pantas nelayan pesisir pantai berjaya menyelamatkan seorang remaja daripada dihanyutkan arus ke tengah laut dalam kejadian di Pantai Pandak, Chendering di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abnihajar berkata, kejadian menimpa remaja berusia 17 tahun itu disedari kira-kira jam 9 pagi pada Jumaat.
Menurutnya, difahamkan mangsa bersama tiga ahli keluarga yang lain tiba di situ dari Melaka untuk beriadah dan remaja berkenaan mandi-manda di kawasan itu bersama bapanya sebelum nyaris lemas.
"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.14 pagi dan segera menggerakkan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan BBP Marang ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di situ, mangsa telah diselamatkan oleh bot nelayan yang kebetulan berada berdekatan dengan kawasan kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Jumaat.
Menurut Rozizah, mangsa yang terselamat telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSZNZ) untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, Rozizah berkata, orang ramai diminta lebih berwaspada kerana keadaan cuaca ketika ini masih tidak sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti di air.
"Orang ramai dilarang melakukan aktiviti di air pada musim ini kerana cuaca masih tidak menentu dan risiko untuk lemas masih tinggi.
"Justeru kita minta supaya mereka elakkan mandi pantai kerana kita tidak tahu risiko dan bahaya yang akan menimpa," ujarnya.
Menurut Rozizah, setakat tahun ini sebanyak tujuh kes kematian akibat lemas direkodkan di seluruh Terengganu melibatkan Rantau Abang, Dungun (1 kes) ; Jeti Nelayan Bukit Tumbuh, Kuala Nerus (1 kes) ; Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu (1 kes); Pantai Teluk Lipat, Dungun (2 kes) ; Pantai Tanjung Jara, Dungun (1 kes) dan Pesisir Pasar Payang ( 1 kes). - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 08 2024
Keadaan di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu. Gambar kecil: Mangsa berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan yang kebetulan berada berdekatan lokasi kejadian.
'Ibu tak pandai, biarlah anak pandai' – Anak Zarina Zainuddin raih keputusan SPM 6A
Menurut Zarina, anaknya itu memperoleh gred A dalam enam mata pelajaran dan dua B.
Tapak pemprosesan bangkai haiwan haram diarah tutup serta-merta
Pengusaha tapak pemprosesan bangkai haiwan secara haram di Kampung Baru Chenderong diarah menghentikan operasi serta-merta.
Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang
Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.
PDRM nafi dakwaan polis gagal buat siasatan isu saham RM3.5 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendakwa PDRM gagal membuat siasatan terhadap satu laporan berhubung isu jual beli dan
JKM kesan waris bayi ditinggalkan dalam kotak
Bayi berusia tidak sampai sebulan itu telah menerima rawatan selengkapnya dan kini berada dalam sihat di bawah jagaan JKM.
2 terkorban, ratusan ribu dipindahkan ketika taufan landa pantai Bangladesh
Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu, kata pegawai pada Ahad.
Tujuh kereta rosak dihempap pokok tumbang
JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.24 petang.
Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.
Farm Fresh bawa ‘cahaya’ pada kanak-kanak Malaysia
Program Susu Sekolah (PSS), Farm Fresh merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat.
Unjuran Indeks Harga Pengguna kekal
Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata langkah kerajaan baru-baru ini untuk merasionalisasikan subsidi bahan api bermula dengan diesel di Semenanjung Malaysia dijangka hanya memberikan impak kecil berikutan mekanisme fleet card dan pindahan tunai bersasar apatah lagi diesel hanya menyumbang 0.2 peratus daripada kumpulan IHP.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Lelaki hilang ketika berkelah ditemui lemas di Lata Bayu
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama tiga rakannya di Lata Bayu, Asam Jawa, di sini ditemukan lemas.
Lelaki terjatuh sungai ditemui lemas
Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai berdekatan dengan Jeti Sungai Kerak, di sini ditemukan lemas awal pagi Ahad.
Bot nelayan selamatkan remaja nyaris lemas
Tindakan pantas nelayan pesisir pantai berjaya menyelamatkan seorang remaja daripada dihanyutkan arus ke tengah laut dalam kejadian di Pantai Pandak, Chendering.
Grafik kawah laut di Pantai Batu Buruk tidak tepat, mengelirukan - Pakar
Grafik kawah laut yang tular di media sosial susulan kes lemas di Pantai Batu Buruk, Isnin lalu, adalah tidak tepat dan berbeza daripada situasi sebenar.
Orang Terengganu tak mandi di Pantai Batu Buruk
Fenomena 'Arus Karau' atau lebih dikenali 'rip current' iaitu ditarik arus deras secara tiba-tiba masih belum diberikan perhatian oleh rakyat di negara ini.
Mayat lelaki lemas ditemui berhampiran Pulau Gemia
Mayat seorang lelaki mangsa lemas di Pantai Batu Buruk akhirnya ditemui berhampiran Pulau Gemia, Marang pada petang Isnin selepas pencarian selama 30 jam.
Pekerja ladang terjatuh parit ditemukan lemas
Pekerja ladang yang didakwa terjatuh ke dalam parit di ladang kelapa sawit di Sungai Bebar Utara, Pekan, semalam, ditemukan lemas hari ini.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.